Friday, September 5, 2008

059 - bahanaa...

bangunlah kak mona kite pada hari ni pukul 12 lebih. mandi siap2 nak g keje. tgk2 motorrnyer tak bleh di start. mati la ko. tu la pasal tak g semayang jumaat. kene bala. macam ceriter hari tu lah, motor bocor g keje naik teksi. tapi kali ni versi bodoh sket. kak mona feeling2 la nak save duit, so nak naik bas konon.

kak mona pun naik la bas pergi ker ioi mall kat puchong n menunggu la basnyer datang. tgk2 belek jam dah kul 3.15. bas tak datang lagi. punyer bengap la kak mona tu taknak malu naik teksi kat situ dia pun naik bas untuk turun kat perhentian seterusnyer n naik teksi. lagi bangangnyer, tambang teksi yang dia naik tu samer ngan tambang yang dia bayar dulu. tapi korang kire la. kali ni lagi rugi sebab
-naik bas ke ioi: RM1.50
-naik bas ker perhentian seterusnyer: free
-naik teksi ke putrajaya: rm 25.00
-total: rm26.50 (mase terbuang)

kak mona kiter tu tak bawak kete abang dier sebab jiran tetangga ader pinjam keter tu. tengok kan, sangat semangat kejiranan yang tinggi. pinjam kete sangat senang.

tu satu ceriter. ni ceriter semalam plak.

semalam kak mona keje cam biasa tapi dengan kehadiran joseph. hafiz masih mc. guest tak banyak, bleh cover la sumernyer. tapi semalam hari ujan sebelum kak mona pergi keje, so kak mona bwk kete abang kak mona. flashback balik blog yang terdahulu, si shahrul ni nak resign sebb dia nak pgi otel baru kat tepi tasik tu, pulman kalau tak silap. so, dia mintak tolong kat kak mona agar membantu dia membuat resume. atas nasihat kawan kak mona dalam blog terdahulu, kak mona kene la bg support kat dier kan. kak mona pun tolong la dia buat resume tu.

tengah2 buat tu, kak mona nak meluruskanlah kakinyer sebab kaki panjang kan? tapi tengok2 melurus kaki tu...... (ader la yang pikir bukan2 tu) kaki kak mona terkena suis n komputer terpadam. mampus kak mona. dah la guner komp pejabat tanpa kebenaran. pastu tak tau password. sibbaik kak mona yang dah dapat anugerah pelakon hebat wayang dramawisata, dia call kak ila n propa kononnyer ader keje kat pejabat tapi teroff n tak tau password. kak ila yang mamai2 ni pun bagi la password. mane tak mamai, kul 1 pagi call. dah siap tolong si shahrul ni buat resume. kak mona pun nak bersiap la balik kan? tapi si shahrul ni suruh tunggu kat loker sebab nak balik sesamer. gtew.

punyerla kak mona menunggu shahrul ni, ruper2nyer dia pergi amik baju kat housekeeping. nak test konon sebab dia akan masuk palm hill cafe sabtu ni (esok) jadi service leader/supervisor. tapi nak tegelak sebab baju muat, seluar pinggang tak muat. huhu. then dah siap dia simpan baju dia belanja kak mona makan lagi kat kedai mamak yang dia belanja kak mona malam itu hari. voley, 2 malam berturut2 dinner bersama scandal.

mase makan tu, shahrul bersembang la ngan kak mona pasal keje n pasal family. bile menyentuh pasal family, kak mona merasakan apa yang shahrul bagitau tu tak mungkin diberitau kat orang lain. sebab pada kak mona isu yang dibincangkan lebih pada personal keluarga. kak mona mendengar setiap cerite yang shahrul bualkan dengan penuh concentration n menghayati bagaimane shahrul membesar dari sorang budak tak gune, budak yang hati keras, cara dia dibesarkan olah ayahnyer, menjadi kepada seorang yang boleh membimbing, menyayangi adik2nyer dan berubah menjadi seorang yang matang dan berguner. kak mona yang mendengar ceriter si shahrul tu tersentuh n hampir mengalir airmate. si shahrul perasan n tegurla.

"eih awak nangis ker?"
taklah, saye cumer letih kerja tadi (matila kantoi-keje tak susah mane pun)
"sorila kalau awak letih tolong saya buat resume tadi"
biaselah bile mate lame guner komputer (sibbaik cover)

tapi memang kak mona kiter tersentuh ngan ceriter si shahrul ni. by the way, hari ni shahrul cuti sebab dia pergi interview untuk hotel baru tu.

No comments: