Monday, August 11, 2008

Diari 037


Selamat pagi... (pagi hape, tengahari dah) huhu. Hari ni kak mona keje kul 3 pm. Semalam kan kak mona balik lewat. Abang kak mona yang jemput. Sian dia. Amik kak mona kul 11 malam. Kul 5.30 pagi plak dia kene bangun nak keje shift pagi. Untuk meringankan beban kak mona, abang kak mona bagi kak mona duit tambang teksi yang kak mona utang kat bos and kunci kete saga aeroback dia. Wah.. kak mona sakan g keje nek kete ye.
Macam biasa la, kak mona g keje kan slalu awal 1 jam sebelum actual working time. Jadi, on the way melenggang wayang, terserempak bos rohaizam. Asal nampak muke dia mesti ade keje yang disuruhnye kak mona buat. Dia suruh kak mona amik fish plate jer. Dalam 50 something. Sib baik tak susah. Dibuatnye suruh potong food tag lagi? Herm lari la kak mona kite ni.
So, hari ni kak mona keje kat boat dengan hati yang senang sebab ada azri n sukat. (eh? Name azri naik dulu) nothing yang susah la kalu keje ngan khairul (Service Leader-SL). Keje kak mona hari ni kene lipat napkin, buat cocktail drinks (confius ngan mocktail) and teman si Khairul ni pegi amik food kat hotel untuk sajian kami berempat. Sampai hotel je, rupe2nye ader ada TGIF ( Thank God It’s Friday). TGIF ni ala-ala hari anugerah pekerja terbaik untuk bulan tu la.setiap bulan akan dibuat pada hari jumaat. Tapi kali ni tak tau la ape yang pening nyer si GM ni nak buat hari ni. Hari ni hari khamis. Jadi tenguk2 ada la french fries lebih,(er,,, Yum Yum yer british council) so kak mona pun tapau la sket untuk budak boat. Dah tapau tu kami pun get ready la g cruising. Kak mona ngan sukat serve drinks ngan canapes pada guest kat diner’s lounge (suke la tu berdampingan ngan sukat)

Dah serve sumer tu kami pun berangkat la pergi cruising kat tasek putrajaya tu (perlu ker mention name tasik, ader tasek lain ker?) sumer guest tak cerewet, sib baik la. So, operation kami berjalan dengan lancar. Tanpa cacat cela.si azry ni plak asyik ngikut jer mane kak mona pergi. Nak serve soup pun nak kak mona yang tolong dia. Padahal boleh buat sendiri. (berputik ker, suke kat azry?) Si sukat ni plak semakin berani meraba kak mona. Memang la kak mona suke sentuhan dia. Tapi jangan la obvious sangat. Sampai ada guest yang nampak n senyum kat kak mona. Bukan senyum sebab ternampak kak mona disentuh. Dia feeling2 macam ader harapan nak menyentuh kak mona plak. Muke guest tu dah la pecah, gemuk. Sangat tak sesuai ngan kak mona. (memilih, sebab tu sampai skang ko single) tapi malm ni agak romantik sket (herm, mula berangan la tu).
Malam ni ader cream brulee lebih. Tapi tinggal satu jer portion nyer. Lalu disambar azry. Tak sempat kak mona nak cop. So, feeling2 merajuk la kak mona ni. Azry yang ketahuan kak mona ni merajuk tak dapat cream brulee tu pun senyap2 pujuk kak mona. Tapi kak mona jual mahal. Tetiba sesudu cream brulee berserta strawberry sauce yang chef platingkan melewati bibir kak mona dan kak mona pun menghayati saat indah itu berserta keenakan cream brulee tersebut. Sungguh tak disangka2 azry suap cream brulee tu kat kak mona yer.
Dah siap clearing n tiba kat hotel, kak mona pun memberanikan diri untuk mintak permission balik awal. Mane taknyer. Slalu kak mona ot ½ jam bukan dia bayar pun. Jadi kak mona nak strict sket malam ni. Sib baik khairul bagi balik. Tapi sian plak kan si sukat ngan azry ni. Ah, peduli la. Kak mona lebih pentingkan tidur yang mencukupi sebab kalau kak mona tak cukup tdur susah nak bagi performance keje yang best (eh, macam ader bunyi la. Kretup-kretup-kretup. Sape yang tdo ni?)

* kak mona bjaya tangkap gamba sukat dan lagu 1973 dibluetoothkan oleh sukat pada kak mona. Dengan itu, lagu 1973 menjadi lagu tema kami berdua.

No comments: